Harga Xiaomi Redmi Note 5 Malaysia
Xiaomi Redmi Note 5 telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia dan ia merupakan telefon pertama daripada versi Redmi yang hadir dengan dua kamera belakang. Ini menjadikan Redmi Note 5 adalah antara smartphone yang mempunyai dwi kamera dengan harga yang paling mampu milik.
Jika kita lihat sebelum ini, smartphone pertama yang dikeluarkan dengan dwi kamera oleh Huawei adalah dalam kalangan high-end dan berharga lebih kurang RM2000 berbanding dengan Redmi Note 5 yang boleh didapati dengan harga kurang dari RM1000 sahaja. Jadi jika bajet anda tidak tinggi tetapi menginginkan smartphone yang mempunyai kemampuan dwi-kamera, Redmi Note 5 adalah antara pilihan terbaik.
Redmi Note 5 datang dengan 4 variasi warna iaitu hitam, biru langit, gold dan pink.
Xiaomi Redmi Note 5 | |
---|---|
Skrin | 5.99″ IPS LCD FHD+ HDR (403 PPI) |
Pemproses | Qualcomm Snapdragon 636 |
CPU | 4 x 1.8 GHz Kryo 260 4 x 1.6 GHz Kryo 260 |
Cip Grafik | Adreno 509 |
RAM | 3/4 Gigabyte |
Muatan Dalaman | 32/64 Gigabyte (MikroSD sehingga 128GB) |
Kamera Utama | 12+5 Megapixel, f/1.9+f/2.0, Dual Pixel |
Kamera Depan | 13 Megapixel, f/2.0 |
Bateri | 4000 mAh (Quickcharge 2.0 5V/2A) |
SIM/Telefoni | Dwi SIM Nano |
Jalur LTE | 1,3,4,5,7,8,20,38,50 |
NFC | Tiada |
Infra Merah | Ya |
Kalis Air | Tiada |
Sistem Imbasan | Jari, Wajah |
Sekiranya anda mahukan smartphone yang tidak terlalu mahal tetapi mempunyai spesifikasi yang menarik, Redmi Note 5 menawarkan harga yang cukup berpatutan untuk anda. Anda masih tidak ketinggalan dengan teknologi dwi kamera yang sedang hangat sekarang dan dengan bateri 4000 mAH, pastinya ia tidak mempunyai masalah untuk bertahan satu hari dengan penggunaan sederhana.
Di Malaysia, Redmi Note 5 yang di bawa masuk secara rasmi adalah versi 4GB RAM/64GB ROM dan 3GB RAM/32GB ROM. Terdapat versi yang lebih tinggi iaitu 6GB RAM/64GB ROM tetapi setakat ini ianya tidak dibawa masuk secara rasmi. Walaubagaimana pun, semua variasi Redmi Note 5 (3GB-6GB RAM) boleh diperolehi secara online di Malaysia.
Jom tengok harga Xiaomi Redmi Note 5 di pasaran online Malaysia.
11street - RM799
Lelong - RM798
Shopee - RM779
11street - RM929
Lelong - RM969
Shopee - RM939
11street - RM1099
Lelong - RM1149
Shopee - RM1199
Jom tengok harga Xiaomi Redmi Note 5 di pasaran online Malaysia.
3GB RAM/32GB ROM
Lazada - RM78811street - RM799
Lelong - RM798
Shopee - RM779
4GB RAM/64GB ROM
Lazada - RM95911street - RM929
Lelong - RM969
Shopee - RM939
6GB RAM/64GB ROM
Lazada - RM114911street - RM1099
Lelong - RM1149
Shopee - RM1199
Comments
Post a Comment