Harga Xiaomi Redmi Note 5 Malaysia
Xiaomi Redmi Note 5 telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia dan ia merupakan telefon pertama daripada versi Redmi yang hadir dengan dua kamera belakang. Ini menjadikan Redmi Note 5 adalah antara smartphone yang mempunyai dwi kamera dengan harga yang paling mampu milik. Jika kita lihat sebelum ini, smartphone pertama yang dikeluarkan dengan dwi kamera oleh Huawei adalah dalam kalangan high-end dan berharga lebih kurang RM2000 berbanding dengan Redmi Note 5 yang boleh didapati dengan harga kurang dari RM1000 sahaja. Jadi jika bajet anda tidak tinggi tetapi menginginkan smartphone yang mempunyai kemampuan dwi-kamera, Redmi Note 5 adalah antara pilihan terbaik. Redmi Note 5 datang dengan 4 variasi warna iaitu hitam, biru langit, gold dan pink. Xiaomi Redmi Note 5 Skrin 5.99″ IPS LCD FHD+ HDR (403 PPI) Pemproses Qualcomm Snapdragon 636 CPU 4 x 1.8 GHz Kryo 260 4 x 1.6 GHz Kryo 260 Cip Grafik Adreno 509 RAM 3/4 Gigabyte Muatan Dalaman 32/64 Gigabyte (MikroSD...